Monday, April 30, 2007

On 7:35 AM by أمير الشفيق
MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
KALI KE-3/2007

TARIKH : 30 APRIL 2007
TEMPAT : DEWAN MAHSURI
KEHADIRAN : SEMUA EXCO JPP


            Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  2007 telah mengadakan mesyuarat pada 30 April 2007 bertempat di Dewan Mahsuri jam 9.00 malam. Antara agenda perbincangan adalah mengenai hal kebajikan pelajar. Di sini kami membentangkan beberapa isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

ISU
MASALAH
CATATAN
Kemudahan internet di Taman Siswa
- Bilangan kafe siber yang berdekatan Taman Siswa semakin berkurangan dan terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar  daripada POLIMAS, ILP dan sebagainya.
- kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan amat memerlukan maklumat dari internet.


Kafeteria Sri Kantan
- makanan di Kafeteria Sri Kantan selalu tidak mencukupi, contohnya pada pukul 11.00 pagi sudah habis.
- tisu disimpan di dalam laci.
-sabun basuh tangan tidak disediakan.
- pelajar inginkan perkhidmatan yang disediakan lebih baik dan efisien.


Penggunaan PA System yang tidak memuaskan
- beberapa tempat di IPDA tidak dapat mendengar pengumuman yang diumum di pejabat pentadbiran IPDA seperti kafeteria Sri Lawang, makmal sains, bilik seni, seluruh kawasan padang, bangunan F3 ekoran kelemahan sistem PA.
-walaupun terdapat beberapa tempat yang dapat mendengar pengumuman tersebut, namun maklumat tetap tidak dapat disalurkan kerana gelombang bunyi bertindih dan bergema.
- oleh itu, dicadangkan supaya diwujudkan “sound box” di setiap kelas, Kafeteria Sri Lawang, makmal sains, bilik seni dan tempat-tempat yang menghadapi masalah.
- memudahkan sebarang info dan maklumat yang disampaikan didengari dan diketahui oleh seluruh warga IPDA secara efektif. 


Kedudukan saham koperasi pelajar.
Kursus :
  1. PPPRPET Ambilan Januari 2007.
  2. PPISMP Ambilan Julai 2006.
  3. PISMK OUM Ambilan Januari 2006.

- pelajar inginkan penjelasan dan maklumat dari koperasi tentang kedudukan saham pelajar dan bilakah pelajar akan memperoleh saham tersebut.

Cadangan : Diumumkan kepada pelajar sewaktu perhimpunan pagi dua bulan sekali.

Bayaran untuk kemudahan makmal komputer
- Sebelum ini, elaun pelajar dipotong sebanyak RM10 untuk kemudahan komputer IPDA dan sekarang, bayaran itu tidak dikenakan lagi.
-IPDA mempunyai banyak makmal komputer, namun jika dibandingkan dengan nisbah bilangan komputer yang boleh digunakan, ia amat mendukacitakan.
- pelajar memohon kemudahan komputer yang lebih baik dapat disediakan di IPDA



Bilik khas untuk pelajar sakit.
(Lelaki/ Perempuan)
- pelajar memerlukan bilik tersebut untuk kes-kes kecemasan yang mungkin berlaku ketika waktu kuliah.
- ini kerana pelajar tidak dibenarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) untuk balik ke Taman Siswa/asrama sewaktu interaksi kuliah.

Cadangan : Bilik di Jabatan Bimbingan & Kaunseling


Bilik persalinan
- Pelajar memerlukan satu bilik khas bertujuan supaya mereka dapat menukar pakaian khususnya selepas tamat waktu interaksi Pendidikan Jasmani.

Cadangan : Di Bilik Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan dilabelkan.



             Oleh itu, amatlah diharapkan segala usul dan cadangan daripada JPP sebagai mewakili suara pelajar ini diterima dan dipertimbangkan.


Disediakan oleh,
(MOHD SHAFIZAN BIN OMAR)
Setiausaha Agung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Darulaman