Sunday, April 28, 2013

On 9:00 AM by Unknown in ,

Kepala Batas – 26 April. Satu perlawanan futsal tertutup IPG Kampus Darulaman telah dianjurkan oleh JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013. Penganjuran ini merupakan salah satu aktiviti tours Exco sukan dan rekreasi untuk memperkenalkan Exco ini kepada komuniti IPG KDA. Kerjasama antara sekteriat Exco sukan dan rekreasi mendapat galakan dan sambutan dari warga IPG KDA dengan penyertaan yang sangat menggalakkan. Penyertaan yang mengehadkan untuk setiap kohort menghantar 2 pasukan untuk masuk bertanding. Pada penganjuran kali pertama ini, penganjur sepakat untuk menghantar pasukan dari semester 3 sebanyak 4 pasukan kerana menggantikan kekosongan dari semester 5 yang belum tamat sesi praktikum pertama mereka.
            Pertandingan ini menampilkan 8 pasukan hebat berentap untuk merebut piala pusingan. Ternyata jangkaan orang ramai bahawa pertandingan ini sangat sengit kerana disertai oleh pasukan-pasukan yang hebat dan berpotensi untuk lebih maju. Pertandingan mempertaruhkan sistem pertandingan liga kumpulan.
            Piala pusingan yang hangat diperkatakan telah menjadi milik pemegang pertamanya iaitu pasukan Lelaki Maskulin A yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari semester 7. Kapten pasukan iaitu Mior Fakhrullah Abd. Jalil yang juga bertanggungjawab sebagai penjaga gol menghembuskan nafas lega dan berrpuas hati dengan prestasi ahli pasukannya yang mampu menjuarai pertandingan ini selepas mengalahkan pasukan-pasukan lain.
            Pasukan yang menduduki tempat kedua adalah pasukan La Intrusa yang dianggotai oleh pasukan “kaki futsal IPDA” iaitu pelajar-pelajar dari semester 3. Kapten pasukan iaitu Mohd Hafizi Nazir ternyata agak kurang berpuas hati dengan kepengadilan yang menidakkan jaringan gol terakhir selepas tendangan penalti mencari 1 gol mengalahkan pasukan Lelaki Maskulin A. Pasukan ini juga antara pasukan “favorite” menang ramai orang apabila tampil dengan teknik permainan yang pantas dan skillfull. Namun, mereka hanya mampu menduduki tempat kedua apabila tewas 1 gol dengan Lelaki maskulin A.
            Pengerusi JPP Exco sukan dan Rekreasi 2013 sangat berpuas hati dengan penganjuran dan mengatakan bahawa pertandingan futsal ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan sebagai tanda menyokong sukan pilihan mahasiswa  masa kini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sekteriat, JPP , peserta dan seluruh warga IPG KDA yang menyokong setiap penganjuran JPP Exco sukan dan rekreasi kali ini. 
LELAKI MASKULIN A : JUARA 

LA INTRUSA : NAIB JOHAN