Wednesday, May 22, 2013

On 9:54 AM by Unknown in

PERTANDINGAN KLIP VIDEO IPG LESTARI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DAN WWF–MALAYSIA


Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan WWF–Malaysia menganjurkan Pertandingan Klip Video IPG Lestari yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian tentang pencapaian dan perkembangan program IPG Lestari sejak pelancarannya pada 22 April 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

1.    TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1     Penyertaan

1.1.1    Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.1.2    Setiap permohonan penyertaan pertandingan perlu disertakan dengan storyboard video yang akan dihasilkan berserta kertas kerja tentang karya.

1.1.3    Bilangan penyertaan daripada setiap kampus adalah tidak terhad. Walau bagaimanapun, dana permulaan sebanyak RM500.00 akan diberikan kepada satu penyertaan rasmi yang terpilih daripada setiap kampus selepas penilaian terhadap storyboard dan kertas kerja yang dihantar.

1.1.4  Penyertaan yang tidak terpilih untuk menerima dana masih lagi boleh menghantar karya penyertaan.
                       
1.2     Spesifikasi

1.2.1   Keaslian
Karya mestilah:

i)             merupakan kerja asal peserta,
ii)            tidak boleh diolah atau disunting dari karya sedia ada,
iii)          serta tidak memasukkan komponen audio dan komponen visual yang diambil daripada mana-mana karya sedia ada, dan
iv)          berdasarkan kepada storyboard yang dihantar bersama kertas cadangan.


Karya atau mana-mana bahagian dalam karya juga mestilah tidak melanggar sebarang undang-undang atau hak, termasuk dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan, atau mana-mana pihak ketiga.

1.2.2  Konsep
Karya mestilah berkisar tentang IPG Lestari yang dilaksanakan di peringkat kampus  berdasarkan salah satu daripada 9 tema dan/atau 4 tunggak IPG Lestari.

Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti pelajar dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.

1.2.3  Rasional
Karya akan menjadi bahan sokongan kepada semua kampus dalam memohon permohonan untuk Anugerah Gangsa, Anugerah Perak dan Anugerah Bendera Hijau yang merupakan anugerah antarabangsa kelestarian anjuran Federation for Environmental Education, Denmark.

1.2.4  Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam karya adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

1.2.5  Format
Durasi karya hendaklah tidak melebihi lima (5) minit. Tempoh ini tidak termasuk bahagian kredit.

Format karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipaparkan dalam segala bentuk media. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, MPG dan MP4 sahaja.

Karya hendaklah dihantar kepada penganjur dalam bentuk DVD.

1.3     Tuntutan Hak Cipta

1.3.1  Semua karya penyertaan adalah hak milik penganjur Pertandingan Video Klip IPG Lestari.



1.3.2  Setiap karya mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk media dan tidak pernah dipertandingkan dalam  sebarang pertandingan yang diadakan di dalam atau di luar Malaysia.

1.3.3  Peserta hendaklah memastikan keaslian karya adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta karya tersebut.

         1.3.4  Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan
karya penyertaan dan mendaftarkannya sebagai harta
intelek penganjur.

1.3.5  Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubah suai karya penyertaan.

1.4     Pengadilan Pertandingan

1.4.1  Setiap karya akan dinilai berdasarkan keaslian ,konsep dan kreativiti oleh panel pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.

1.4.2  Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon atau e-mel. Walau bagaimanapun, pihak penganjur mempunyai hak untuk tidak memilih pemenang dalam kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel pengadil memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.

1.4.3  Keputusan panel pengadil adalah muktamad. Sebarang
rayuan tidak akan dilayan.

1.5     Tempoh Pertandingan

1.5.1  Peserta boleh menghantar storyboard dan kertas kerja melalui penyelaras di kampus masing-masing sebelum atau pada 13 Jun 2013.

1.5.2  Peserta boleh  menghantar karya melalui penyelaras di kampus masing-masing sebelum atau pada 15 Julai 2013.





2.    BORANG PENYERTAAN

Borang penyertaan boleh diperolehi daripada penyelaras IPG Lestari kampus masing-masing atau dimuat turun melalui laman web IPGM http://www.moe.gov.my/ipgm dan www.eco-institutes.wwf.org.my

3.    HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama   :        RM3000.00 serta sijil penyertaan

Tempat Kedua      :        RM2000.00 serta sijil penyertaan

Tempat Ketiga      :        RM1000.00 serta sijil penyertaan

Saguhati               :        24 hadiah saguhati setiap satu bernilai
RM 150 dan sijil penyertaan.

4.    URUS SETIA

Alamat Urus Setia:

Urus Setia
Pertandingan Klip Video IPG Lestari
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, EB 3, Blok 2200
Jalan Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p. En Muhammad bin Ibrahim)

No. Telefon: 03-83126793/013-2592659
No. Faks: 03-83126797

Permohonan penyertaan pertandingan perlu disertakan dengan storyboard video yang akan dihasilkan berserta kertas kerja tentang karya bagi tujuan penilaian untuk menentukan penyertaan yang layak menerima dana bagi setiap kampus. Sila emailkan permohonan penyertaan, storyboard, dan kertas kerja kepada En. Muhammad bin Ibrahim (cdcmoe@gmail.com) cc kepada Encik Suhairun Nizam bin Supal (suhairunnizam@yahoo.com) dan Cik Nor Shidawati binti Abdul Rasid (nrasid@wwf.org.my) sebelum atau pada 13 Jun 2013.