Sunday, June 28, 2015

On 11:10 AM by أمير الشفيق


Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada siswa pendidik PPISMP amb Jun 2015 yang telah menunjukkan komitmen dan semangat keguruan sepanjang Minggu Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPPB) yang bermula dari 22 Jun - 25 Jun 2015. Seramai 118 orang guru pelatih berjaya mendaftarkan diri sebagai guru pelatih IPGK Darulaman.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan MPPPB ini. Saya mewakili pihak JPP ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan dari pihak JPP ataupun terkasar bahasa sepanjang MPPPB ini berlangsung.

Semoga MPPPB ini memberi kenangan yang cukup bermakna untuk mengenali kehidupan sebenar sebagai seorang guru pelatih di IPG. Terokai dan harungi suka duka sepanjang 5 tahun berada di IPDA. Good luck and do the best to be the best kepada semua adinda siswa pendidik PPISMP yang akan mula menjalani sesi kuliah anda pada hari Ahad ini (28 Jun 2015). Selamat bergelar guru pelatih IPG dan mengapai cita2 sebagai seorang guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah atau sir... smile emoticon

YDP JPP IPG Darulaman 15/16