Thursday, November 5, 2015

On 10:52 PM by أمير الشفيق in



Terima kasih diucapkan kepada En Fauzi selaku KJ HEP serta Pn Asyikin, KU Kediaman serta semua siswa pendidik yang terlibat dengan perjumpaan 2 penjuru berkenaan isu Kolej Kediaman. Berikut hasil yang telah diputuskan bahawa :


1) Pengosongan bilik dilaksanakan untuk tujuan pemeriksaan, pembersihan dan pembaikian bilik-bilik di kolej kediaman.

2) Barangan pelajar hendaklah disimpan di dalam kotak dan dilabelkan nama dan kos pengajian dan diletakkan di bilik ultiliti, pantri dan bilik gosok

3) Pemindahan bilik kolej kediaman dilaksanakan dalam lingkungan blok masing-masing. Perpindahan blok ditangguhkan sehingga terdapatnya arahan baru. Kalau tiada arahan maka tiada perpindahan.

4) Bilik masih perlu dikosongkan kerana pelajar tidak membayar yuran asrama dan termaktub dalam peraturan

5) Akan berlaku pertukaran bilik. Aras tidak lagi mengikut batch. Pun begitu, ahli bilik masih sama

6) Ketua aras dan ketua blok perlu memainkan peranan besar mengaudit dan memeriksa setiap fasiliti asrama

7) Hasil pemeriksaan dari pihak pengurusan, pelbagai peralatan tidak sepatutnya dibawa di kolej kediaman

8) Peraturan keluar masuk perlu diperketatkan. Cuma, perlaksanaannya akan diteliti.

9) Perjumpaan bulanan HEP bersama pelajar mulai 2016 pada setiap hari Rabu. Wajib memakai uniform mengikut unit.


Semoga perjumpaan ini menjelaskan segala rungutan dan aduan anda.

MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ B MD YUSUF
YDP JPP IPG DARULAMAN 2015/2016